
IMUNISASI
Vaksin Influenza
Vaksin influenza, juga dikenali sebagai suntikan flu. Ia merupakan vaksin yang memberi perlindungan daripada influenza.
Versi baharu vaksin ini dibangunkan dua kali setahun kerana virus influenza berubah dengan cepat.
Vaksin Meningococcal
Tidak ramai yang tahu vaksin Meningococcal bukan sahaja untuk orang yang hendak menunaikan haji atau umrah!
Meningococcal merupakan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan radang pada selaput otak dan saraf tunjang.
Siapa yang berisiko terkena jangkitan meningitis?
> Kanak-kanak
> Orang tua
> Pesakit yang mempunyai tahap imuniti yang rendah
> Pelancong yang melawat kawasan wabak

Vaksin Pneumococcal
Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae. Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru , meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak) , sepsis ( jangkitan dalam darah) , sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media ( jangkitan telinga tengah ).
Vaksin Hepatitis B
Hepatitis B adalah sejenis penyakit berjangkit yang ketiga paling kerap berlaku di kalangan pelancong. Penyakit ini menyebabkan radang hati. Ia berlaku secara endemik (penyakit yang sentiasa wujud di dalam suatu populasi).
Bilangan dos: Tiga (3) dos. Vaksin disuntik di paha. Juga terdapat jenis produk vaksin yang hanya memerlukan dua (2) dos sahaja untuk golongan remaja.
Vaksin tifoid ialah sejenis vaksin yang boleh membantu mencegah dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit demam kepialu.