
PERANCANG KELUARGA

Implanon
Implanon adalah alat pencegah kehamilan yang dipasang di bawah lengan sehingga 3 tahun. Ia adalah rod plastik fleksibel sebesar batang mancis yang mengandungi hormon progestin yang dipanggil etonogestrel.
IUCD
Ia adalah sebuah alat mencegah kehamilan yang dipasang di dalam rahim wanita. Ia berbentuk seakan huruf “T” dan diperbuat daripada plastik. Tambah lagi, alat ini mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu selama 5 tahun.
.jpg)

Suntikan Depo
suntikan perancangan kehamilan mengandungi hormon sintetik medroxy progesterone acetate bertindak menghalang ovulasi, menipiskan lapisan peranakan serta memekatkan cairan cerviks. Setiap ml vial mengandungi 150mg medroxy progesterone acetate dan disuntik pada bahagian otot seperti dilengan atau bahagian atas punggung.
Diberikan setiap 3 bulan.
Pil Perancang
Pil perancang berfungsi untuk mencegah kehamilan. Terdapat pelbagai jenis jenis pil perancang yang berlainan di pasaran.
Pil perancang adalah selamat, berpatutan, dan berkesan jika anda mengambilnya tepat pada waktunya. Selain mencegah kehamilan, pil ini mempunyai banyak manfaat kesihatan lain juga.
